Sunday, November 1, 2009

Jeli Kelapa..

Inilah perniagaan kedua yang saya sedang uruskan sekarang..Jeli Kelapa

Saya baru memulakan perniagaan Jeli kelapa ini kerana baru sahaja mempelajari cara-cara membuat jeli kelapa ini.



saya meletakkan jeli kelapa ini bersama ketika menjual ice blended. permintaan terhadap jeli kelapa semakin meningkat. saya bercadang untuk mengedarkan jeli kelapa saya ini kepada kedai-kedai makan yang terdekat.



jeli kelapa ini dihasilkan sendiri oleh saya dengan menggunakan buah kelapa. Setiap cawan jeli kelapa ini dijual dengan harga RM 1.00 secawan.




Inilah saya seorang usahawan..

Cool's Blended

Cool's Blended...

inilah yang saya sedang usahakan sekarang...

saya memulakan perniagaan ice blended ni dari rumah secara kecil-kecilan, setelah setahun berniaga di rumah, saya tekad untuk membuaka di tengah pekan Selama. Banyak keringat, usaha, wang ringgit dikeluarkan untuk menjayakan perniagaan ini.



inilah gerai kecil yang saya gunakan untuk menjual ice blended..



antara perasa yang terdapat di Cool's Blended ialah:

1. Milo
2. Neslo
3. Coklat
4. Cappuchino
5. Mochachino
6. Vanilla
7. Horlicks
8. Nestum
9. Lemon

Saya bermula dengan 3 perasa sahaja, dan semakin bertambah mengikut pengedaran semasa. Buat masa sekarang terdapat 9 perasa sahaja. Saya mula meniaga pada pukul 11.00 pagi hingga 7.00 petang.

harga secawan ice blended adalah:

Biasa - RM 1.50
Special - RM 2.50

bagi semua jenis perasa.

Kini, setelah 2 tahun meniaga ice blended, saya telah mencuba membuka satu lagi cawangan di taiping dengan menggunakan jenama yang sama dan dijaga oleh 2 orang pekerja. Alhamdulillah, setakat ini sambutan adalah menggalakkan.



ini adalah gerai bagi cawangan di Taiping. InssyaAllah, jika ada rezeki saya berharap dapat membuka 2 atau 3 lagi cawangan di kawasan Taiping.

Inilah saya seorang usahawan..

penglibatan dalam perniagaan..

cerita selanjutnya mengenai penglibatan saya dalam perniagaan...

selepas suami bersara..pada tahun 1999

saya dan suami bersetuju untuk menjalankan perniagaan. Kami memulakan perniagann dengan meniaga buah-buahan dan mengusahakan kebun yang tidak lah seluas mana. Tetapi perniagaan buah-buahan terlalu berisiko kerana buah-buahan cepat rosak. Kami mencuba meniaga telur dan sedikit barant runcit di pasar2 hari dan pasar2 malam. Perniagaan ini berjalan dengan agak baik. Dari meja dan kawasan yang kecil, kami dapat tempat yang lebih besar dan dapat meniada dengan lebih banyak.

Apabila perniagaan sudah makin besar, saya dan suami mengambil keputusan untuk mendaftarkan perniagan kami. Oleh itu, perniagaan kami didaftarkan seperti berikut..

Nama perniagaan: Zakaria Ibrahim
No. Pendaftaran Perniagaan: IPO1404411-U

dengan pendaftaran perniagaan itu lah kami berniaga dari satu kawasan ke satu kawasan. Setelah 5 tahun bergerak ke merata tempat, setelah anak-anak sudah besar dan ada yang sudah bekerja, saya dan suami mengambil keputusan untuk hanya berniaga di satu tempat sahaja. jadi kami telah memilih untuk meniaga barang-barang runcit di Pasar Basah Selama, Perak. Di situlah kami meneruskan perniagaan.

Bermula di Pasar Selama lah saya mula menjalankan perniagaan lain yang saya suka, antaranya...

1. tudung
2. dadih pelbagai perisa
3. jeli kelapa
4. ice blended.

emm...inilah saya seorang usahawan...

saya seorang usahawan..

Assalammualaikum....

saya memulakan blog ini dengan mengenalkan diri saya dahulu...




Nama: Norini Binti Saidin
Status: Berkahwin
Suami: Zakaria Ibrahim
Anak: 5 Orang (4 Perempuan 1 lelaki)
Tarikh Lahir: 11 Oktober 1961
Umur: 48 Tahun
Asal: Batu Kurau, Perak
Tempat Tinggal: Selama, Perak



Saya merupakan isteri kepada seorang pesara tentera. Kehidupan saya selama 21 tahun adalah mengikut suami berpindah randah dari satu negeri ke satu negeri atas urusan kerja. Saya berkahwin pada tahun 1980, ketika itu umur saya baru sahaja 19 tahun..sangat muda.
Setelah berkahwin saya terus dibawa ke Sabah atas tuntutan kerja suami saya. Di Sabah juga saya melahirkan anak sulong saya.Kemudian kami berpindah ke Pulau Pinang, Selangor, Johor dan sebelum bersara suami bekerja di Melaka.

Sebagai isteri seorang tentera, dengan pendapatan yang tidak selumayan sekarang, untuk menyara keluarga yang besar, saya sudah mula meniaga secara kecil-kecilan di semua tempat yang kami tinggal. Seperti di Selangor, saya membuat bantal untuk jualan, membuat laksa untuk dijual di tepi kawasan kilang, membuat kuih muih dan lauk pauk. Di Melaka, saya pernah bekerja kilang untuk membantu suami, tetapi lepas kilang itu ditutup, saya menjual kuih muih dan kadang kala mendapat tempahan dari pejabat suami untuk sebarang majlis.

Minat berniaga ni sudah terlalu lama dalam diri saya..sehingga la sekarang...walaupun anak sudah besar dan ada yang sudah berkahwin dan mempunyai hidup sendiri...saya masih menjalankan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

ini lah saya seorang usahawan...